Enjin Carian

Ucapan Kata-Kata Aluan Blog Felda

Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Salam sejahtera dan salam FELDA kepada semua warga FELDA dan semua pengunjung blog ini. Bersyukur saya ke hadrat Allah Subhana Wata'ala kerana FELDA Wilayah Sahabat telah berjaya menjana wadah yang dapat dijadikan rujukan umum khususnya warga FELDA sendiri. Pada kesempatan ini, ingin saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa pelaksana yang berusaha menyediakan blog ini dengan jayanya.

FELDA Sahabat kini, telah menjangkau usia 30 tahun di Sabah. Selaras dengan itu wajarlah blog ini diwujudkan bagi memuatkan informasi-informasi terkini di FELDA Sabah yang mana terkandung berita, aktiviti-aktiviti terkini, Dokumentasi, maklumat-maklumat berkenaan penubuhannya serta anak-anak syarikatnya yang bersama-sama meneraju FELDA Sabah. Dengan adanya blog seumpama ini, dapatlah kita berkongsi serba sedikit informasi,pengalaman juga pengetahuan yang mana boleh dijadikan panduan untuk menerapkan nilai-nilai positif ke dalam diri kita dan berharap blog ini akan dapat dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya, juga kepada semua warga FELDA yang menjadi tulang belakang kejayaan FELDA Wilyah Sahabat sehingga kini.


Gemersik alunan nada seruan
Mengejut lamunan menusuk kalbu
Kokok Jalak memecah kesunyian
Bergema lantang di alam baru

Pancaran Suria di ufuk timur
Menyiram sinar pohon harapan
Beruntung bakti merendang luhor
Menuai rahmat sepanjang zaman


"FELDA HANYA 1 DI DUNIA"


Juany Hj Salleh
Pengurus Besar Wilayah Sahabat

Felda

Move your cursor to the slide to view name

Sejarah FELDA

Wednesday, September 1, 2010

Perhimpunan Petugas Pada 02.03.2010

No comments:

Post a Comment

LOGO

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online