Enjin Carian

Ucapan Kata-Kata Aluan Blog Felda

Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh...

Salam sejahtera dan salam FELDA kepada semua warga FELDA dan semua pengunjung blog ini. Bersyukur saya ke hadrat Allah Subhana Wata'ala kerana FELDA Wilayah Sahabat telah berjaya menjana wadah yang dapat dijadikan rujukan umum khususnya warga FELDA sendiri. Pada kesempatan ini, ingin saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa pelaksana yang berusaha menyediakan blog ini dengan jayanya.

FELDA Sahabat kini, telah menjangkau usia 30 tahun di Sabah. Selaras dengan itu wajarlah blog ini diwujudkan bagi memuatkan informasi-informasi terkini di FELDA Sabah yang mana terkandung berita, aktiviti-aktiviti terkini, Dokumentasi, maklumat-maklumat berkenaan penubuhannya serta anak-anak syarikatnya yang bersama-sama meneraju FELDA Sabah. Dengan adanya blog seumpama ini, dapatlah kita berkongsi serba sedikit informasi,pengalaman juga pengetahuan yang mana boleh dijadikan panduan untuk menerapkan nilai-nilai positif ke dalam diri kita dan berharap blog ini akan dapat dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya, juga kepada semua warga FELDA yang menjadi tulang belakang kejayaan FELDA Wilyah Sahabat sehingga kini.


Gemersik alunan nada seruan
Mengejut lamunan menusuk kalbu
Kokok Jalak memecah kesunyian
Bergema lantang di alam baru

Pancaran Suria di ufuk timur
Menyiram sinar pohon harapan
Beruntung bakti merendang luhor
Menuai rahmat sepanjang zaman


"FELDA HANYA 1 DI DUNIA"


Juany Hj Salleh
Pengurus Besar Wilayah Sahabat

Felda

Move your cursor to the slide to view name

Sejarah FELDA

Sunday, March 28, 2010

Majlis Maulidulrasul di Felda Wilayah Sahabat.



Unit Pembangunan Agama (FHB) dengan kerjasama Kelab sukan & rekreasi Felda (KSRF) Cawangan Sabah & Jawatan Kuasa bersama syarikat (JKBS) telah menganjurkan sambutan maulidulrasul besar-besaran bagi tahun 1431 H/ 2010 M. Majlis ini diadakan pada 5 & 6 Mac 2010 yg diadakan di 3 lokasi iaitu Masjid Al-Huda Bandar Sahabat, Dewan Semai Bakti Felda & Padang Perdana Bandar Sahabat.




Sebanyak 27 kontinjen yg menyertai perarakan tersebut yg terbahagi kepada 2 kategori terbuka & sekolah. Jumlah keseluruhan seramai 2017 orang peserta. Manakala bagi pertandingan nasyid pula, terdapat 8 pasukan yg bertanding dimana kesemuanya terdiri dari sekolah-sekolah yg berada di Felda Wilayah Sahabat.



Program ini mendapat sambutan yg baik dari semua lapisan masyarakat digugusan Felda Wilayah Sahabat. Aturcara majlis ini juga dapat berjalan dengan jayanya & menjadi bualan warga Felda di sini kerana inilah pertama kalinya mereka dapat melihat perhimpunan yang gah & meriah. Majlis ini juga merupakan satu petunjuk kepada pencapaian yg membuktikan bahawa warga Felda hidup bersatu-padu & berkerjasama dalam usaha memertabatkan Agama Islam, Negara Malaysia & khususnya nama FELDA. Semoga usaha ini mendapat keberkatan oleh Allah S.W.T & sekaligus menjadi pemangkin kepada Felda untuk terus maju di mata dunia.


No comments:

Post a Comment

LOGO

Related Posts with Thumbnails
 

blogger templates | Make Money Online